Sunday, February 5, 2017

OMG... Norlina Alawi yang famous tu sedara rupanya!

Pada sekitar awal tahun 2016, entah kenapa tiba-tiba tergerak disanubari ku untuk berkunjung ke kampung Tok Ali ku di Pahang. Yang pernah aku tahu, nama kampung nya adalah kampung Guai dan terletak di tepi sungai Pahang.  Tak dapat ku bayangkan langsung kedudukan sebenar kampung ni dan aku tak pernah nak ambil tahu pon sebelum ini. Tapi hati ku ketika itu ingin benar melihat kampung ini... Lalu aku cari nombor telefon Cik Mat, bapa sedara tiri yang telah berhijrah dari kampung ke Johor sejak awal 1990an dulu. Cik Mat memberitahu, jika dari LPT, keluar selepas Temerloh, sebelum Maran.. "Takde siapa dah kat sana" katanya,, "kalau Chah ke sana pegi jumpa ketua kampung".  Walaupun tak jauh mana Temerloh dari Lembah Kelang, namun hajat nak pergi tengok kampung Tok Ali ku tertangguh dari hari, ke hari, minggu ke minggu. Apabila menghadiri kenduri kahwin anak Anuar di Temerloh pada 31 Disember 2016, tak ku lepaskan peluang untuk mencari Kampung Tok Ali.

Rupanya pencarian ku ini, bukan sahaja menemukan Kg Guai... tetapi juga menemukan sedara mara yang telah terpisah dan tak pernah mengenali antara satu sama lain sejak sekian lama.  Punca mengapa jadi begini, biarlah dirungkai kemudian.

Penemuan terindah bagi ku adalah apabila mendapat tahu bahawa aku dan Norlina Alawi, wanita yang terkenal kerana menjaga anak-anak menghidap HIV, bersedara, kerana Puan Norlina berkahwin dengan cicit sedara Tok Ali ku. Sa'at ku tahu perkaitan itu, tergenang airmata ku, amat-amat bersyukur kerana pencarian ini dipermudahkan.  Baru ku sedar ramai sedara-mara kami masih ada di Kg Guai. Aku bertekad untuk terus berkunjung ke Kg Guai dan mentautkan kembali kasih sedara yang telah terputus dek kerana keadaan.. dan mungkin juga.., kebencian.

NORLINA ALAWI ... nama yang pernah ku baca di akhbar dan individu berjiwa besar yang pernah ku lihat di kaca TV.  Tapi tak pernah pula aku pergi lebih jauh untuk mengenali nya kerana sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan tuntutan kehidupan.  Kadang-kadang nak menonton TV pon tak berkesempatan.

Lawatan singkat ke Kg Guai pada hari terakhir tahun lepas mencetuskan idea untuk menganjurkan "Hari Keluarga Bonda Khadijah 2017" (kami ringkaskan sebagai FD iaitu Family Day) - acara tradisi keluarga ku - di Kampung Tok Ali kami. Maka bermula lah pencarian tempat tinggal yang boleh memuatkan ahli keluarga Bonda Khadijah yang seramai 50-60 orang.

Pada suatu pagi, sambil menanda tugasan pelajar-pelajar, aku teringat kan program FD 2017.. "di mana nak menginap ramai-ramai berhampiran Kampung Guai"?  Soalan penting bermain difikiran.. maka aku google.. dan terjumpa Facebook Ladang Keluarga Aki Daud (LKAD) Tg Kuran Kampung Guai.. dan di situ ada nombor telefon untuk dihubungi.  Lalu aku whatsapp ke nombor berkenaan... amat formal sekali bunyi mesej nya...

Screenshot whatsapp mesej pertama dengan Puan Norlina Alawi

Rupa-rupanya nombor telefon yang ku hubungi milik Puan Norlina.  Sembang whatsapp seterusnya bersama Puan Hajah Norlina membawa kepada penemuan bahawa Haji Roslan, suami puan Ina bukan orang lain... bekas pegawai kanan tentera ini rupanya adalah cicit sedara Tok Ali ku.  Wah!! tiba-tiba rasa teramat bangga... bersedara dengan NORLINA ALAWI.. mahu aku laungkan agar satu dunia tahu.  Sejak saat itu, aku minta Puan Ina panggil ku aunty chah dan dia, ku panggil Ina. Walau tak pernah bertemu mata, namun dapat ku rasakan kemesraan pada diri wanita berhati luhur ini. Sifat-sifat murni yang dimilikinya sudah pasti menyebabkan anak-anak anugerah (istilah Ina untuk anak-anak angkatnya) yang seramai 41 orang menyayangi dirinya dan berasa amat selesa menumpang kasih di mahligai milik pasangan Haji Roslan dan Hajah Norlina.

LKAD dilanda banjir pada awal Februari 2017


Haji Roslan mengemudi bot bersama Hajah Norlina dan anak kesayangan mereka

Aunty Chah dan seluruh keluarga Bonda Hajah Khadijah Bt Mohd Ali mendoakan agar keluarga besar Norlina Alawi sentiasa dilindungi, dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat Allah s.w.t.


No comments: