Saturday, February 4, 2017

Anak-Anak Tok Ali

Tok Ali yang berasal dari Tanjung Kuran Kampung Guai, sebuah kampung yang terletak di pinggir Sungai Pahang, telah berhijrah ke Johor untuk bekerja di Pejabat Percetakan. Beliau telah berkahwin dengan Tok Andak, salah seorang anak angkat Habib Hassan dan menetap di No 9 Kg Wadi Hassan Lorong 2 Jalan Ngee Heng, Johor Bahru.

Lokasi Kampung Guai di Mukim Teriang, Daerah Bera

Tok Andak (Mandak Bt Abdullah) tinggal dengan keluarga Bonda Khadijah hingga akhir hayatnya

Tok Ali dan Tok Andak mempunyai lapan orang cahayamata seperti berikut:

1.  Khadijah (Bonda) (lahir pada 16/12/1933) (telah berkahwin dengan Hashim dan dikurniai 6 orang cahayamata)
2. Ayub (juga digelar Ahmad) (lahir pada tahun 1935) (telah meninggal dunia di Lebak semasa zaman perang Jepun pada usia 6 atau 7 tahun kerana demam kura-kura).
3. Mohamed (Ayah De) (juga digelar Khalid) (lahir pada tahun 1937) (telah berkahwin dengan Salmah dan dikurniai 5 orang cahayamata)
4. Rahmah (Mak Teh) (lahir pada tahun 1938) (telah berkahwin dengan Ja'afar)
5. Zainab (lahir pada tahun 1939) (telah meninggal dunia di Lebak semasa zaman perang Jepun pada usia 3 atau 4 tahun, "berkulit putih kemerah-merahan, berwajah cantik dan suka makan pedas", kata bonda)
6. Zaharah (lahir pada tahun 1941) (telah meninggal dunia semasa masih bayi)
7. Rahmat (Ayah Chik) (lahir pada tahun 1943) (telah berkahwin dengan Radziah dan dikurniai 6 orang cahayamata)
8. Anak perempuan (lahir pada tahun 1945) (lahir mati - stillborn; belum diberi nama)

Khadijah (Bonda) dan Rahmah (Mak Teh)

Mohamed (Ayah De) dan isteri

Rahmat (Ayah Chik) dan isteri

Tok Ali telah berkahwin dengan wan Saripah selepas beliau bersara dari perkhidmatan kerajaan dan kemudiannya menetap di Kampung Guai. Seingat bonda Khadijah, wan Saripah ni merupakan sedara juga, tapi dah agak jauh.  Dari segi susur galurnya, wan Saripah pangkat anak sedara kepada Tok Ali. Bapa wan Saripah yang dulu abang pupu Tok Ali menjadi bapa mertuanya pula dan mereka dijodohkan oleh orang-orang tua di kampung.  Mungkin wan Saripah ketika itu kematian suami dan memiliki anak-anak yang masih kecil dan Tok Ali pula seorang pesara kerajaan yang memiliki pencen tetap. Melalui perkahwinan kedua ini, Tok Ali mendapat dua orang lagi cahayamata iaitu:

9.    Maimunah (juga dipanggil Chik) (telah berkahwin dengan Rashid dan dikurniai 6 orang cahayamata) (telah meninggal dunia pada usia 40 kerana penyakit misteri) 
10. Ahmad (Cik Mat) (telah berkahwin dengan Ku Asmawati dan dikurniai 2 orang cahayamata).

Ahmad (Cik Mat) dan isteri

Semasa kami bertemu dengan Encik Medin hujung tahun 2016 dulu, Encik Medin mengingati Tok Ali sebagai seorang individu yang sentiasa berpakaian kemas. Beliau sentiasa memakai kemeja "tuck-in" bergosok licin, tidak seperti orang-orang kampung lain.  Encik Medin yang hanya budak-budak ketika itu, terkenang kan bahawa Tok Ali akan berpakaian baju melayu lengkap bersampin untuk bersolat Jumaat walaupun ketika itu hanya berjalan kaki sahaja untuk ke masjid dan dalam cuaca yang panas.

Tok Ali (terkenal sebagai Omar Ali di Kampung Guai) telah pulang ke rahmatullah pada 9 Mac 1971 pada usia 65 tahun di rumah anak sedaranya, Ustaz Hj Mohd Lazim di Kampung Chat, Daerah Lipis. Pusara Tok Ali terletak Tanah Perkuburan di Kampung Chat dan hanya sekali kami pernah menziarahi pusaranya iaitu selepas Family Day pertama Bonda Khadijah, 17 tahun yang lalu.

Al-Fatihah
Moga diampuni segala dosanya, dilapangkan dan diterangi pusaranya dan dimasukkan Tok Ali kami ke dalam syurga Mu, Ya Allah..

2 comments:

shukb001 said...

Great work Chah! Would be good to a have a photo of arwah Tok
Ali as a gentleman of the kampung. Any way a good start. Keep researching.

Dr Chah said...

Thanks.. balik JB nanti bongkar album lama.. harap ada gambar Tok Ali