Wednesday, February 1, 2017

Menjejaki Kampung Tok Ali di Kg Guai

Sabtu 31 Disember 2016 bersama Kak Ji, Abang Jamal dan suami tersayang, kami menuju ke Kampung Guai, Mukim Teriang, Daerah Bera selepas menghadiri majlis perkahwinan anak sedara kak Ji (anak Anuar) di Taman Keladan Impian, Temerloh.  Anak-anak muda yang kami jumpa di hadapan Sekolah Kebangsaan Guai menemukan kami dengan Encik Ariffin yang telah banyak membantu kami; menunjuk jalan ke rumah pusaka wan tiri saya - Saripah.. rumah usang yang dah terbiar sejak penyewa berpindah 8 tahun lalu. Kata En Ipin, anak wan Saripah yang bernama Haron yang menguruskan rumah pusaka itu.

En Ariffin banyak membantu kami

Di depan rumah pusaka - rumah wan Saripah

En Ipin menemukan kami dengan aki Hassan, adik wan saripah yang kini tinggal sendirian disebuah bilik bersebelahan dewan orang ramai di kampung itu.  Aki Hassan tidak berapa sihat dari segi ingatannya, namun cuba juga memberi maklumat apabila en Ipin tanyakan mengenai keluarga kami. Sedih dan sayu melihatkan aki Hassan tinggal sendirian begitu... namun orang2 kampung yang lalu lalang di hadapan dewan akan mengawasi aki Hassan setiap hari.. Alhamdulillah.

Bertemu aki Hassan - tok sedara tiri saya

Walau pon baru berjumpa, En Ipin amat baik hati dan sanggup meluangkan masa menjadi "tourist guide" kami di petang yang indah itu.  Beliau kemudian membawa kami ke rumah En Medin dan ucapkan selamat tinggal.  En Medin (atau nama penuh nya Kamaruddin Bakar) menyambut baik kehadiran kami... ketika itu sudah hampir jam 6 petang.  Lama kami bersembang dengan En Medin, bertanyakan susur-galur Tok Ali.  Encik Medin siap keluarkan rekod warga Kampung Guai yang ada dalam simpanan nya. Amat berguna kepada kami yang hanya tahu Tok Ali orang Pahang.. nama kampung pon kami tak mahu ambil tahu dari dulu. Hari itu baru saya tahu kampung asal Tok Ali adalah di Tanjung Kuran. Lepas azan maghrib baru kami minta diri dan beredar dengan janji akan kembali lagi ke kampung Guai untuk mencari lagi salasilah keluarga Tok Ali.  Kami solat di Masjid Abu Bakar Temerloh, makan malam di restoran berhampiran dan kembali ke shah alam. Pukul 11:30 kami selamat sampai di rumah.

En Medin menyimpan rekod warga Kg Guai

Maklumat yang kami perolehi adalah seperti berikut

32.  Senan (Anak Haji Lias) (212) dan Buruk (232) - (Keluarga Ibu bapa Tok Ali / Moyang Saya)

2121  Bakar (Abang Tok Ali) dan Sitih
2122  Yang Tunas (Kakak Tok Ali) dan Awang Lidin
2123  Omar Ali (Tok Ali) dan Saripah (Anak2: Maimunah (Chik): Cucu2 6 orang dan Ahmad: Cucu2: Nurul Atikah dan Nurul Athirah). Saripah ada anak dari perkahwinan terdahulu iaitu Haron, Hamid dan Man.

Kami telah memberikan maklumat mengenai keluarga Tok Ali bersama isteri pertama di Johor. seperti di bawah

Isteri: Mandak Bt Abdullah
Anak2 dan Menantu2: 
Khadijah & Hashim (cucu2: Zolkifli, Saleha, Habsah, Zainab, Ismail dan Kalsom)
Mohamed & Salmah (cucu2: Najman, Nasir, Azhar, Azman dan Norazah)
Rahmah & Jaafar -   tiada Zuriat
Rahmat & Raziah (cucu2: Rahah, Rafidah, Razaleigh, Razak, Razif, Rashidah)

33.  Nit (Anak Hj Lias) (213) dan       (Keluarga Bapa /Ibu Saudara Tok Ali / Tok Saudara Saya)

2131 Dayang dan Ku Omar
2132 Kasim dan Zainab
2133 Seman dan Mariam
2134 Ajar dan Berahim
_____________________________________________________________________

84.  2321 Bakar dan Sitih (Keluarga Abang Tok Ali / Bapa Saudara Saya)

2321-1  Tijah dan Mat Tengi (Ibubapa kepada Andak Munah yang berhijrah ke Johor)
2321-2  Mahusin  - Tak ada zuriat
2321-3  Daud dan Jamilah (Tok dan Wan kepada Haji Roslan LKAD) 
           Haji Roslan mengusahakan Ladang keluarga Aki Daud di Tg Kuran bersama isterinya, Hajah Norlina Alawi sejak tahun 2015
2321-4  Mat Sidek dan
2321-5  Gebiah (Mak Chu) &      ;  (tak ada zuriat) (mempunyai 2 orang anak perempuan tetapi kedua-dua nya meninggal sewaktu kecil/bayi) akibat kesukaran hidup pada masa itu.

Mak Chu Gebiah di bawa oleh Tok Ali ke Johor selepas kematian suaminya dan telah menjadi sebahagian dari keluarga kami...di Kg Wadi Hassan JB.  Mak Chu banyak mengajar saya... menjadi seperti ibu kepada saya, sama seperti Mak Teh, adik mak. Saya ingat lagi mak Chu mengajar saya menjahit, tikam leher baju kurung, mengayam ketupat.. sampai saya pandai; selain dari menjaga keperluan seharian seperti pakaikan baju, sikatkan rambut dsb. Masa tu rumah Tok Andak dan Tok Ali memiliki "extended family". I had a great childhood there before our family moved to Kg Melayu Majidee, di atas tanah Tok Ali yang diwariskan kepada Bonda Khadijah.

Bersama Mak Chu Gebiah di Pangkor more than 20 years ago.. we love you, Mak Chu...

No comments: